Posts

Showing posts from December, 2018

KARANGAN BM SPM : Langkah-langkah untuk mengekalkan kekaguman masyarakat terhadap bangunan bersejarah.

Image
Langkah-langkah  untuk mengekalkan kekaguman masyarakat terhadap bangunan bersejarah.              Mengimbas kembali peristiwa zaman darurat di Tanah Melayu, di mana Negara kita pernah dijajah oleh kuasa Barat iaitu British dan Portugis. Yang menariknya, terdapat banyak tinggalan sejarah yang memiliki nilai estetika yang tinggi seperti  Kota A’ Famosa ,Kota Cornwalis,Istana Kelli,Bangunan Balali Polis Bukit Kepong dan Bangunan Sultan Abdul  Samad  yang terletak di Kuala Lumpur. Apabila disebutkan sahaja nama pejuang-pejuang tanah air dahulu,tentunya rakyat Malaysia berasa kagum dengan semangat juang mereka dalam mempertahankan tanah air daripada cengkaman bangsa asing. Mereka itulah yang kini terpahat di dalam sanubari setiap warga Malaysia. Siapalah yang tidak mengenali Dol Said,Rentap,Sharrif Masahor,Antanom dan Tok Janggut. Persoalan yang mahu diangkat di sini ialah, adakah kita sebagai warganegara Malaysia tidak mahu turut serta dalam menjaga,memelihara, dan mengekalkan tinggal