KARANGAN BM SPM : Langkah-langkah untuk mengekalkan kekaguman masyarakat terhadap bangunan bersejarah.



Langkah-langkah  untuk mengekalkan kekaguman masyarakat terhadap bangunan bersejarah.

             Mengimbas kembali peristiwa zaman darurat di Tanah Melayu, di mana Negara kita pernah dijajah oleh kuasa Barat iaitu British dan Portugis. Yang menariknya, terdapat banyak tinggalan sejarah yang memiliki nilai estetika yang tinggi seperti  Kota A’ Famosa ,Kota Cornwalis,Istana Kelli,Bangunan Balali Polis Bukit Kepong dan Bangunan Sultan Abdul  Samad  yang terletak di Kuala Lumpur. Apabila disebutkan sahaja nama pejuang-pejuang tanah air dahulu,tentunya rakyat Malaysia berasa kagum dengan semangat juang mereka dalam mempertahankan tanah air daripada cengkaman bangsa asing. Mereka itulah yang kini terpahat di dalam sanubari setiap warga Malaysia. Siapalah yang tidak mengenali Dol Said,Rentap,Sharrif Masahor,Antanom dan Tok Janggut. Persoalan yang mahu diangkat di sini ialah, adakah kita sebagai warganegara Malaysia tidak mahu turut serta dalam menjaga,memelihara, dan mengekalkan tinggalan sejarah yang begitu tinggi nilai sentimentalnya? Malah ia juga merupakan sebahagian warisan bangsa  Malaysia yang tidak dapat diganti dengan wang ringgit.

            Jika diteliti dengan lebih mendalam , kerajaan perlu memulihara bangunan bersejarah dengan sebaik-baiknya agar tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Bangunan bersejarah perlulah segera dipulihara jika terdapat tanda-tanda kerosakan. Hal ini demikian kerana, keaslian reka bentuk dan seni binanya dapat dikekalkan. Sebagai contoh, Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur. Bangunan ini merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan Negara. Oleh sebab itu, bangunan ini dipulihara oleh pihak kerajaan walaupun memerlukan kos yang tinggi agar dapat dikenali oleh generasi akan dating. Tak tumbuh tak melata,taka sungguh orang tak kata bahawa pemuliharaan bangunan bersejarah perlu dilakukan bagi mengekalkan kekaguman kepada masyarakat di Negara kita mahupun pelancong-pelancong asing.

           Metodologi seterusnya bagi mengekalkan kekaguman masyarakat terhadap bangunan bersejarah ialah mempromosikan keistimewaannya kepada masyarakat. Hal ini perlu diambil berat oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mempromosikan bangunan bersejarah seperti Kementerian Pelancongan, agensi pelancongan dan media massa. Oleh yang demikian, agensi pelancongan boleh mempromosikan bangunan bersejarah di kaca televisyen,akhbar,papan iklan dan lain-lain supaya rakyat di dalam Negara mahupun di luar Negara dapat mengetahui keistimewaan bangunan dan monumen tersebut. Jelaslah bahawa mengekalkan bangunan bersejarah adalah penting untuk Negara kita dan generasi yang akan datang.

           Akhir sekali, uslub yang sewajarnya dilakukan adalah mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai pelajaran wajib lulus dalam SPM. Langkah ini sangat bijak bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda tentang sejarah kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mata pelajaran sejarah wajib didedahkan kepada para pelajar agar dapat menghayati dan menghargai tokoh-tokoh sejarah terdahulu. Sebagai contoh, Haji Abdul Rahman Limbong,Tok Janggut,Leftenan Adnan dan Antanom yang sanggup berkorban demi mempertahankan  tanah air daripada cengkaman penjajah. Kerajaan Malaysia telah banyak membina monumen sebagai peringatan akan kesukaran untuk memperoleh kemerdekaan seperti Tugu Negara. Pelbagai bangunn bersejarah dapat dikenali oleh pelajar melalui mata pelajaran sejarah. Sudah terang lagi bersuluh,mata pelajaran sejarah hendaklah diperkasakan agar generasi muda khususnya para pelajar tidak melupakan sejarah dan menjadikan bangunan bersejarah sebagai memorabilia selama-lamanya.

           Konklusinya, bangunan bersejarah harus dipelihara supaya dapat mengekalkan keaslian,reka bentuk,dan seni pembinaan. Jelaslah bahawa, warisan Negara memainkan peranan yang amat penting dalam menjadikan sesebuah Negara maju dan tersohor di persada dunia. Pihak kerajaan seharusnya melakukan tindakan yang tegas terhadap pihak yang melakukan kerosakan ke atas warisan Negara. Kita sebagai rakyat juga mestilah melakukan anjakan paradigm supaya bangunan bersejarah dalam Negara dapat dikekalkan dan dipelihara dengan baik sekali gus menarik minat pelancong asing ke Negara Malaysia agar Negara kita dapat duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain di dunia ini.   

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan