PANTAI KASIH : Peristiwa Saspens


NOVEL PANTAI KASIH

 



Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan 5 peristiwa yang mencetuskan saspens kepada anda dalam novel tersebut dan nyatakan alasan anda.



             Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang mencetuskan saspens. Antara peristiwa yang mencetuskan saspens ialah peristiwa Felicia Landosi telah ditahan oleh seorang pemuda yang menyamar sebagai doktor di bilik bedah. Alasannya, saya tertanya-tanya tentang siapakah pemuda yang menahan Felicia di bilik bedah sehingga menyebabkan pekerja di pusat rawatan itu berasa terkejut dan risau.

              

             Selain itu, peristiwa sspens yang kedua ialah peristiwa Felicia Landosi yang mengambil ubat batuk untuk menenangkan fikiran. Alasannya, saya tertanya-tanya tentang masalah yang dihadapi oleh Felicia Landosi sehinggakan dia sanggup mengambil tindakan sedemikian



             Seterusnya,peristiwa ketiga yang mencetuskan saspens kepada saya ialah apabila Doktor Raiha perlu mengambil alih pembedahan terhadap pesakit Unong Siron setelah 5 kali pembedahan Doktor Uwang tidak Berjaya. Alasannya, saya tertanya-tanya tentang nasib Unong Siron selepas pembedahan kali ke-6 sama ada berjaya ataupun sebaliknya.



             Peristiwa saspens yang seterusnya ialah Felicia Landosi , Doktor Uwang serta Doktor Sadiz yang sering dihantui oleh kelibat seorang kanak-kanak perempuan di mana-mana sahaja mereka berada. Ada kemungkinan bahawa hal ini disebabkan oleh dosa-dosa silam yang pernah mereka lakukan  terhadap kanak-kanak tersebut. Alasannya, saya tertanya-tanya siapa kelibat bayang kanak-kanak kecil itu dan apakah dosa silam yang pernah mereka lakukan.



            Akhirnya, peristiwa kelima termasuklah peristiwa  kereta yang dipandu oleh Doktor Uwang melanggar embok Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Alasannya, saya tertanya-tanya tentang nasib Doktor Uwang selepas perlanggaran ini belaku. Saya ingin mengetahui sekiranya beliau mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan tersebut.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan