PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan
Huraikan
nilai ketabahan yang terdapat dalam novel.
Berdasarkan
novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat banyak nilai ketabahan yang
dimuatkan dan boleh dipelajari oleh saya. Antaranya termasuklah nilai ketabahan
menghadapi kematian anak kesayangan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha tabah
menerima kematian anaknya , Rohayu yang terlibat dlam kemalangan kereta yag
dirancang oleh suaminya sendiri,Doktor Sadiz. Doktor Raiha menerima dengan reda
dan menganggap bahawa itu alah takdir Allah/Tuhan.
Selain itu,
nilai ketabahan seterusnya termasuklah nilai ketabahan menghadapi penyakit yang
masih belum dapat diubati. Sebagai contohnya, Unng Siron iaitu pesakit di Pusat
Rawatan Pantai Kasih (PRPK) tabah menjalani pembedahan bagi penyakit sendi
tulang pinggul walaupun setelah enam kali dibedah oleh doctor di pusat rawatan
itu. Pembedahan kali ke-6 yang dikendalikan oleh Doktor Raiha akhirnya berjaya.
Comments
Post a Comment