Pantai Kasih & Bimasakti Menari : Peristiwa yang Menimbulkan Kemarahan Para Pembaca
Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan kemarahan para pembaca dalam novel yang saya pelajari ini.
Dalam novel Pantai Kasih peristiwa Felicia Landosi melayani ibu Unong Siron di pejabatnya dengan cara yang kasar. Hal ini berbeza dengan layanan kepada pesakit yang bergelar datin dengan layanan mesra serta sopan santun. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan kepada pembaca kerana layanan yang diberikan kepada seseorang mengikut kedudukan dan darjat.
Dalam novel Bimasakti Menari pula peristiwa Dato' Johan Arlington-Majid menaruh dendam kepada Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan Muhammad Taufik. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan kepada pembaca kerana sikap dendam seseorang menyebabkan orang lain menjadi mangsa keadaan.
Comments
Post a Comment