Posts

Showing posts from October, 2018

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

Image
NOVEL PANTAI KASIH Huraikan nilai ketabahan yang terdapat dalam novel. Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat banyak nilai ketabahan yang dimuatkan dan boleh dipelajari oleh saya. Antaranya termasuklah nilai ketabahan menghadapi kematian anak kesayangan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha tabah menerima kematian anaknya , Rohayu yang terlibat dlam kemalangan kereta yag dirancang oleh suaminya sendiri,Doktor Sadiz. Doktor Raiha menerima dengan reda dan menganggap bahawa itu alah takdir Allah/Tuhan. Selain itu, nilai ketabahan seterusnya termasuklah nilai ketabahan menghadapi penyakit yang masih belum dapat diubati. Sebagai contohnya, Unng Siron iaitu pesakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) tabah menjalani pembedahan bagi penyakit sendi tulang pinggul walaupun setelah enam kali dibedah oleh doctor di pusat rawatan itu. Pembedahan kali ke-6 yang dikendalikan oleh Doktor Raiha akhirnya berjaya.

PANTAI KASIH : Tema Ketabahan

Image
NOVEL PANTAI KASIH Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari , huraikan tema dan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut. TEMA : KETABAHAN – Doktor Raiha Tema : Ketabahan seorang wanita ketika menghadapi cabaran dan tekanan sebgai seorang pakar bedah. Huraian : Wanita tersebut ialah Doktor Raiha. Beliau tabah membesarkan anaknya yang menghidap penyakit Sindrom Down. Selain itu, Raiha tabah berhadapan dengan sikap suaminya Doktor Sadiz yang memaksa Raiha menggugurkan anak dalam kandungannya , sebaliknya beliau meneruskan kandungannya sehingga melahirkan anaknya. Akhir sekali, Raiha tabah berhadapan jururawat di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Beliau tabah berhadapan dengan sikap jururawat Felicia Landosi yang meminta maaf kepadanya walaupun dia sering bersikap kasar terhadap pesakit di PRPK itu dan terlibat dalam pembunuhan anaknya, Rohayu. Doktor Raiha memaafkan Felicia dan menganggap kematian anaknya adalah ketentuan takdir.

PANTAI KASIH : Sinopsis

Image
SINOPSIS NOVEL PANTAI KASIH  karya Azmah Nordin : Novel ini mengisahkan Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum menjadi doktor pakar bedah. Raiha menerima pelawaan Doktor Uwang untuk menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) setelah mengalami kegagalan dalam perkahwinannya. Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha selalu terganggu dengan komplikasi yang dihadapi oleh pesakitnya yang bernama Unong Siron. Raiha amat terkesan dengan arahan Doktor Uwang supaya melakukan pembedahan kali keenam terhadap Unong Siron. Raiha berasa curiga dengan 5 pembedahan yang dilakukan oleh Doktor Uwang terhadap Unong Siron. Fikiran Raiha juga terganggu oleh gambaran bekas suaminya, Doktor Sadiz dan kematian anaknya, iaitu Rohayu (Ayu) yang menghidap penyakit Sindrom Down. Selain itu, Doktor Raiha tidak menyenangi sikap Felicia Landosi yang melayan ibu Unong Siron dengan kasar. Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke PRPK, beliau ternmpak bayangan wa