PANTAI KASIH : Sinopsis
SINOPSIS NOVEL PANTAI KASIH
karya Azmah Nordin :
Novel ini mengisahkan Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum menjadi doktor pakar bedah. Raiha menerima pelawaan Doktor Uwang untuk menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) setelah mengalami kegagalan dalam perkahwinannya. Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha selalu terganggu dengan komplikasi yang dihadapi oleh pesakitnya yang bernama Unong Siron. Raiha amat terkesan dengan arahan Doktor Uwang supaya melakukan pembedahan kali keenam terhadap Unong Siron. Raiha berasa curiga dengan 5 pembedahan yang dilakukan oleh Doktor Uwang terhadap Unong Siron. Fikiran Raiha juga terganggu oleh gambaran bekas suaminya, Doktor Sadiz dan kematian anaknya, iaitu Rohayu (Ayu) yang menghidap penyakit Sindrom Down. Selain itu, Doktor Raiha tidak menyenangi sikap Felicia Landosi yang melayan ibu Unong Siron dengan kasar. Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke PRPK, beliau ternmpak bayangan wajah anak saudaranya yang telah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Kereta yang dipandu oleh Doktor Uwang telah merempuh tembok PRPK. Doktor Uwang terpaksa menjalani pembedahan penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Felicia Landosi pula meminta maaf kepada Raiha kerana penglibatannya dalam kes kematian Rohayu, anak Raiha. Felicia turut meminta maaf kerana tidak tampil sebgai saksi di mahkamah keluarga. Raiha memaafkan Felicia kerana menyedari bahawa mereka ialah mangsa keadaan.
Comments
Post a Comment