Posts

Showing posts from August, 2021

PANTAI KASIH: Keistimewaan Watak Utama

Image
  NOVEL PANTAI KASIH Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraiakan dua keistimewaan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.            Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa keistimewaan dalam perwatakan watak utama dalam novel ini. Watak utama dalam novel Pantai Kasih ialah Doktor Raiha. Antara keistimewaan perwatakan Doktor Raiha termasuklah beliau seorang yang pemaaf. Sebagai contohnya, Doktor Raiha memaafkan perbuatan Felicia Landosi yang bersekutu dengan rancangan suaminya, Doktor Sadiz hingga menyebabkan kematian anak kesanyangannya Rohayu meninggal dunia dalam kebakaran kereta.            Selain itu, Doktor Raiha juga seorang yang penyayang. Sebagai contohnya, Doktor Raiha amat menyayangi anaknya Rohayu. Dia tetap meneruskan kandungannya walaupun diminta oleh suaminya untuk digugurkan kerana kandungannya menghidap penyakit Sindrom Down. Akhirnya, Doktor Raiha seorang yang berpendirian tetap.   Sebagai contohnya,   Doktor Raiha t

PANTAI KASIH: Latar Masa

Image
  NOVEL PANTAI KASIH Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraiakan dua latar masa yang terdapat dalam novel tersebut.            Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini memuatkan banyak latar tempat. Antaranya termasuklah waktu petang. Contohnya, pembedahan sendi tulang pinggul kali keenam terhadap Unong Siron dijalankan oleh Doktor Raiha pada waktu petang.            Selain itu, latar masa kedua termasuklah waktu malam. Contohnya, Doktor Uwang ke pusat hiburan eksklusif pada waktu malam untuk menenangkan fikirannya selepas dia melihat gambaran wajah kanak-kanak perempuan yang mirip  dengan wajah anak Doktor Raiha di kaca televisyen.

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

Image
  NOVEL PANTAI KASIH Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan tentang tanggungjawab.  Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraiakan dua peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan tentang tanggungjawab dalam sesebuah novel yang anda pelajari.            Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa  peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan tentang tanggungjawab . Antaranya termasuklah persoalan tentang tanggungjawab seorang doktor kepada pesakitnya. Contohnya, Doktor Raiha bertanggungjawab merawat pesakitnya, Unong Siron yang telah menjalani pembedahan sendi tulang pinggul sebanyak lima kali di bawah pengawasan Doktor Uwang. Pembedahan itu akhirnya berjaya.             Selain itu, persoalan tentang tanggungjawab seorang ibu kepada anak. Contohnya, ibu Unong Siron bertanggungjawab mendapatkan rawatan kepada anaknya yang telah lima kali menjalani pembedahan tetapi masih tidak berjaya.

PANTAI KASIH: Konflik

Image
   NOVEL PANTAI KASIH Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraiakan dua konflik yang dihadapi oleh watak utama dan tindakannya untuk menyelesaikan konflik tersebut.            Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa  konflik yang dihadapi oleh watak utama.  Antaranya termasuklah konflik yang dihadapi oleh Doktor Raiha yang enggan mengikut arahan suaminya agar menggugurkan anak dalam kandungannya yang tidak normal. Doktor Raiha menyelesaikan konflik tersebut dengan cara mengambil keputusan untuk melahirkan anak dalam kandungannya itu.           Selain itu, konflik yang dihadapi oleh Doktor Raiha yang berasa curiga terhadap kewibawaan Doktor Uwang yang telah lima kali menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul terhadap Unong Siron tetapi masih tidak berjaya. Doktor Raiha menyelesaikan konflik tersebut dengan cara mengambil alih tugas tersebut kerana berasa simpati akan ibu Unong Siron.

PANTAI KASIH: Persoalan

Image
NOVEL PANTAI KASIH Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraiakan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.            Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa persoalan yang dapat diketengahkan. Antaranya termasuklah persolan tentang dendam yang membawa kebinasaan dalam keluarga. Sebagai contonya, Doktor Sadiz sanggup membakar kereta mewahnya walaupun menyebabkan kematian anaknya, Rohayu kerana perasaan dendam terhadap isterinya yang enggan menghantar Rohayu ke Pusat Rawatan Khas.           Selain itu, persoalan kedua termasuklah persoalan tentang keredaan terhadap ketentuan Tuhan. Contohnya, Doktor Raiha reda dan memaafkan pihak yang terlibat dengan kes kematian anaknya, Rohayu.