PANTAI KASIH: Keistimewaan Watak Utama

 NOVEL PANTAI KASIH


Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraiakan dua keistimewaan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.


           Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa keistimewaan dalam perwatakan watak utama dalam novel ini. Watak utama dalam novel Pantai Kasih ialah Doktor Raiha. Antara keistimewaan perwatakan Doktor Raiha termasuklah beliau seorang yang pemaaf. Sebagai contohnya, Doktor Raiha memaafkan perbuatan Felicia Landosi yang bersekutu dengan rancangan suaminya, Doktor Sadiz hingga menyebabkan kematian anak kesanyangannya Rohayu meninggal dunia dalam kebakaran kereta. 

          Selain itu, Doktor Raiha juga seorang yang penyayang. Sebagai contohnya, Doktor Raiha amat menyayangi anaknya Rohayu. Dia tetap meneruskan kandungannya walaupun diminta oleh suaminya untuk digugurkan kerana kandungannya menghidap penyakit Sindrom Down.

Akhirnya, Doktor Raiha seorang yang berpendirian tetap. Sebagai contohnya, 
Doktor Raiha tetap meneruskan pelajarannya sehingga menjadi doktor pakar walaupun ditegah sekeras-kerasnya oleh ayahnya. Doktor Raiha akhirnya berjaya menjadi seorang doktor pakar bedah yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan