PANTAI KASIH: Konflik
NOVEL PANTAI KASIH
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraiakan dua konflik yang dihadapi oleh watak utama dan tindakannya untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utama. Antaranya termasuklah konflik yang dihadapi oleh Doktor Raiha yang enggan mengikut arahan suaminya agar menggugurkan anak dalam kandungannya yang tidak normal. Doktor Raiha menyelesaikan konflik tersebut dengan cara mengambil keputusan untuk melahirkan anak dalam kandungannya itu.
Selain itu, konflik yang dihadapi oleh Doktor Raiha yang berasa curiga terhadap kewibawaan Doktor Uwang yang telah lima kali menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul terhadap Unong Siron tetapi masih tidak berjaya. Doktor Raiha menyelesaikan konflik tersebut dengan cara mengambil alih tugas tersebut kerana berasa simpati akan ibu Unong Siron.
Comments
Post a Comment