PANTAI KASIH : Pengajaran


NOVEL PANTAI KASIH

Peristiwa yang dapat dijadikan pengajaran dalam novel.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat banyak peristiwa yang dapat dijadikan pengajaran. Antaranya termasuklah peristiwa Felicia Landosi memohon maaf kepada Doktor Raiha terhadap kesilapannya terjebak dalam kes kematian Rohayu. Doktor Raiha memaafkan kesalahan Felicia dan reda terhadap kematian anak tunggalnya. Pengajaran yang dapat saya perolehi termasuklah kita hendaklah memaafkan kesalah orang lain kerana setiap manusia melakukan kesilapan.

Selain itu, peristiwa lain yang dapat dijadikan pengajaran termasuklah peristiwa Felicia Landosi mengambil ubat batuk berlebihan secara tersembunyi di farmasi Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Dia telah mengambil tindakan semberono hanya kerana ingin mengurangkan tekanan emosinya. Pengajaran yang dpat saya perolehi daripada peristiwa ini termasuklah kita sewajarnya tidak melakukan perbuatan yang memakan diri hanya ingin menghilangkan tekanan kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya tersendiri.


Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan