KARANGAN BM SPM : Usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan remaja





Usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan remaja


                        Peribahasa ada menyatakan bahawa cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Peribahasa ini dapat kita analogikan sebagai semangat kejiranan yang harus dipupuk untuk merealisasikan hubungan bersama. Namun begitu, dek kekangan masa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, masyarakat Malaysia kian melupakan amalan hidup berjiran dan semangat perpaduan di kawasan perumahan. Sesetengah masyarakat di Malaysia mengamalkan sikap individualistik. Masyarakat di Malaysia terutamanya dalam kalangan remaja seharusnya mengamalkan sikap bahu membahu supaya boleh mewujudkan semangat kejiranan. Kita hendaklah hidup bagai aur dengan tebing agar mampu membentuk masyarakat yang harmoni. Persoalannya, apakah usaha memupuk semangat kejiranan?



                          Apabila menyebut tentang semangat kejiranan dalam kalangan remaja, sudah pasti ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk memanifestasikan semangat kejiranan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menjadi suri teladan. Mereka hendaklah menggalakkkan anak-anak menziarahi  jiran sama ada semasa sakit, menghadiri kenduri mahupun sewaktu peraayaa untuk mengeratkan ikatan ukhwah sesame jiran tetanga sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa juga sewajarnya menerapkan sikap mengambil berat akan jiran dalam kehidupan seharian. Contohnya, membantu menjaga rumah jiran sewaktu ketiadan mereka. Dengan ini, anak-anak semestinya akan mencontohi perilaku tersebut dan mempraktikkannya umpama bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jelaslah bahawa, ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan remaja.


                       Dalam usaha untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja yang kian luntur kerana mengalami perubahan dan pemodenan, beberapa langkah proaktif perlu dijalankan oleh gadingan pelbagai pihak. Contohnya, Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) atau pihak berkuasa tempatan mestilah menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Anatara aktiviti yang boleh memupuk semangat kejiranan dalam kalangan remaja ialah bergotong-royong membersihkan kawasa perumahan,masjid dna longkang. Dengan cara ini kita dapat menggambarkan betapa kukuhnya hubungan kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Tambahan lagi, aktiviti sukaneka juga boleh diadakan unutk merapatkan hubungan golongan muda dan tua ibarat kata slogan, yang muda disayangi, yanag tua dihormati. Sudha terang lagi bersuluh bahawa aktiviti kemsyarakatan merupakan tunjang utama dalam kehidupan masyarakat Melayu bagi menghidupkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja.



                        Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan perlu memainkan peranan sebagai wahana bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan remaja. Sebagai contohnya, pihak kerejaan perlu mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran. Hal ini demikian kerana remaja masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan hidup berjiran. Hasil daripada kempen ini, minda pelajar akan lebih terbuka untuk menyedari betapa pentingnya hidup berjiran.                 


                        Dalam hal ini, pihak akhbar dan media massa juga perlu berganding bahu bagi menyemai semangat kejiranan dalam kalangan remaja iaitu dengan mengeluarkan artikel, rencana atau menyiarkan rancangan dan dokumentari berunsurkan kepentingan hidup berjiran dalam kalangan remaja. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, demikianlah semangat kejiranan dalam kalangan remaja dapat dipupuk sekiranya pelbagai pihak bekerjasama untuk menjayakan sesuatu agenda kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh.



                         Intihannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak Negara di dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud perujudis antara kaum yanag juga terkesan kepada kita, bak kata peribahasa cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Negara kita juga mahu mebina Negara yang maju seperti Negara-negara yang lain. Oleh itu, kalangan remaja memainkan peranan agar mengekalkan perpaduan yang telah kita bina ini agar aspirasi semangat kejiranan dalam perpaduan kaum untuk menjadi Negara maju dapat direalisasikan.

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan