PANTAI KASIH : Latar Masyarakat


NOVEL PANTAI KASIH





Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.



                Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini memuatkan banyak latar masyarakat. Antaranya termasuklah masyarakat yang penyayang. Sebagai contohnya, Doktor Raiha amat menyayangi anaknya Rohayu walaupun anaknya menghidapi penyakit Sindrome Down. Dia tidak sanggup menghantar anaknya ke pusat rawatan khas sebaliknya bertindak melarikan anaknya daripada suaminya, Dotor Sadiz.



              Selain itu, terdapat juga masyarakat yang pemaaf. Sebagai contohnya, Doktor Raiha sanggup memaafkan kesalahan Felicia Landosi walaupun dia mengetahui bahawa Felicia Landosi turut terlibat dalam kemalangan kebakaran kereta yang dirancang oleh suaminya sendiri, Doktor Sadiz.

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan