PANTAI KASIH : Latar Tempat

NOVEL PANTAI KASIH 




Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat bserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.



                  Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini memuatkan banyak latar tempat. Antaranya termasuklah dewan bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Sebagai contohnya, peristiwa Doktor Raiha melakukan pembedahan bagi menggantikan sendi tulang pinggul kali ke-6 terhadap pesakit Unong Siron dan akhirnya berjaya.



                  Selain itu, latar tempat kedua termasuklah di mahkamah keluarga. Peristiwa yang berlaku di sini ialah peristiwa kes kematian anak Doktor Raiha dan Doktor Sadiz iaitu Rohayu dibicarakan. Doktor Sadiz telah menyalahkan Doktor Raiha ke atas kematian anak mereka. Doktor Raiha akhirnya menerima keputusan mahkamah terhadap dirinya yang dianggap bersalah dalam kes kematian Rohayu.

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan