PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan


NOVEL PANTAI KASIH 




Pengarang mewujudkan pelbagai nilai yang dapat dicontohi oleh pembaca dalam novel yang dihasilkannya.

Huraikan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.



               Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat pelbagai nilai kemanusiaan. Antaranya termasuklah nilai keprihatinan. Contohnya, Doktor Raiha yang prihatin terhadap pesakitnya Unong Siron yang menghidapi penyakit sendi tulang pinggul. Dokor Raiha telah menjalankan pembedahan ke atas Unong Siron dengan penuh teliti dan akhirnya berjaya.


              Selain itu, novel ini turut memuatkan nilai ketabahan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha tabah menerima kematian anaknya, Rohayu yang telah terlibat dalam suatu kemalangan kereta yang dirancang oleh bapa kandungnya sendiri, Doktor Sadiz. Doktor Raiha menerima dengan reda dan menganggap bahawa itu adalah takdir Allah/Tuhan.



              Seterusnya, terdapat juga nilai kasih saying. Contohnya, Doktor Raiha amat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun menghidap Sindrom Down. Buktinya , Dokto Raiha sanggup menjaga anaknya daripada dihantar ke pusat rawatan khas, walaupun suaminya sendiri iaitu Doktor Sadiz tidak mahu menjaga Rohayu.

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan