PANTAI KASIH : Pengajaran
NOVEL PANTAI
KASIH
Berdasarkan
novel yang anda pelajari, huraiakan dua pengajaran yang terdapat dalam novel
tersebut.
Berdasarkan
novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa pengajaran yang dapat
dijadikan teladan. Antaranya termasuklah kita hendaklah memaafkan kesalahan yang
telah dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita kerana setiap manusia membuat
kesilapan. Sebagai contonya, Doktor Raiha telah memaafkan kesalahan Felicia
Landosi yang terlibat dalam rancangan kemalangan kebakaran kereta oleh Doktor
Sadiz sehingga menyebabkan kematian anak tunggalnya,Rohayu.
Selain itu,
pengajaran kedua termasuklah kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran
hidup agar kita reda dengan takdir tuhan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha tabah
menghadapi kematian anak kesayangannya, Rohayu dalam kemalangan kebakaran
kereta dan menganggapnya bahawa itu adalah ketentuan Allah/Tuhan.
Comments
Post a Comment