PANTAI KASIH : Teknik Plot


NOVEL PANTAI KASIH





Pelbagai teknik plot digunakan pengarang untuk menjadikan jalan cerita novelnya lebih menarik.


Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel tersebut.

  

               Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat pelbagai teknik plot yang digunakan untuk menghidupkan cerita ini. Antaranya termasuklah teknik dialog ataupun perbualan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha berbincang dengan bapanya tentang kesesuaian pilihan kerjayanya apabila bapanya tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya Raiha sebagai pakar bedah.



              Selain itu, teknik plot yang kedua ialah teknik imbas kembali ataupun mengingati masa lalu. Sebagai contohnya, Doktor Raiha teringat kembali peristiwa bapanya tidak bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Hal ini dikatakan demikian kerana umur Doktor Sadiz lebih lanjut daripada bapa Doktor Raiha dan sikap Doktor Sadiz yang angkuh.



             Akhir sekali, terdapat juga teknik plot pemerian ataupun penceritaan. Di dalam novel ini pengarang menceritakan kebolehan Doktor Uwang membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada sebuah pusat rawatan kecil sehingga menjadi pusat rawatan yang besar dan terkenal.

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan