KARANGAN BM SPM: Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

 


Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Dalam menongkah arus pembangunan yang semakin menggila, negara Malaysia telah memajukan sektor pertanian, pelancongan dan perindustrian. Pembangunan negara yang pesat telah menyebabkan negara Malaysia semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selain itu, negara Malaysia juga telah memetingkan aspek akademik dan aktiviti kokurikulum para pelajar. Siapakah yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara, jika bukan anak watan pewaris bangsa? Kementerian Pendidikan telah menekankan kepentingan aktiviti kokurikulum dengan mengubah syarat-syarat yang diperlukan semasa pelajar-pelajar ingin menyambung pengajian di universiti. Kementerian Pendidikan telah memasukkkan aktiviti kokurikulum dalam pembelajaran murid-murid dengan menetapkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi yng terdiri daripada dua bahagian, iaitu dari segi akademik dan kokurikulum. Isu yang mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat pada masa ini sering meniti dari bibir ke bibir. Hal ini sekaligus menjadi penunjuk yang sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti kokurikulum sememangnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. Persoalannya, mengapakah Kementerian Pendidikan menekankan kepentingan aktiviti kokurikulum? Tegasnya, pelbagai faedah yang dapat pelajar peroleh dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Pelajar dapat membina tubuh badan yang sihat sekiranya melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum untuk mencegah diri daripada ancaman virus dan penyakit yang semakin merebak. Sekiranya, pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, aliran darah akan menjadi lancar lalu badan tidak mudah dijangkiti oleh viru-virus berbahaya. Antara aktiviti kokurikulum yang dapat membina tubuh badan yang sihat termasuklah kawad kaki dan bersukan yang membolehkan para pelajar berasa lebih bersemangat dan tidah mudah letih. Dengan itu, otak pelajar akan menjadi cerdas dan pelajar dapat berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata serta membuat keputusan berasakan pertimbangan yang wajar. Pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang sedia ada. Ungkapan Melayu ada menyebut bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati harus dijadikan ingatan kepada semua pelajar. Tegasnya, pelajar dapat membina tubuh badan yang sihat dan jati diri yang mulia. 

Aktiviti kokurikulum juga dapat membina jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar. Aktiviti kokurikulum seperti pengakap banyak menekankan nilai-nilai murni. Nilai-nilai moral yang dipelajari ini sememangnya dapat membentuk akhlak mulia dalam kalangan para pelajar. Dengan ini, pelajar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam pergaduhan atau kemalangan, bak kata pujangga jika didaratan akan menjadi pokok dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Itulah yang diibaratkan kepada orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Tokoh-tokoh yang berhemah tingi seperti Conficurs, Swami Viviekanda, Socrates dan Imam al-Ghazali juga sentiasa bependapat bahawa pelajar yang berakhlak mulia ialah pelajar yang sanggup bertanggungjawab dan menyahut seruan tokoh-tokoh lain. Para pelajar seharusnya menjadikan cendekiawan ini sebagai teladan agar dapat membina jati diri yang tinggi. Pada dasarnya, semangat patriotisme juga dapat disemaikan dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat menguatkan jalinan perpaduan antara kaum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh hal yang demikian, negara Malaysia juga kaya dengan berbagai budaya dan warisan. Aktiviti kokurikulum yang menekankan cinta akan budaya negara telah membuka mata setiap individu apabila mereka berkerjasama untuk menjayakan sesuatu program. Dengan ini, berlaku pertukaran budaya sesama para pelajar sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti sebegini, secara tidak langsung semangat perpaduan antara kaum dapat dipupuk dalam diri para pelajar. Ungkapan "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh" sememangnya sesuai dengan jalinan perpaduan yang disemai daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Pendek kata, aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang tinggi serta menghormati masyarakat berbilang bangsa.

Secara tuntasnya, aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak manfaat yang tidak terhingga kepada para pelajar. Semua pihak harus bekerjasama untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar supaya mereka berminat untuk melibatkan diri secara sukarela dalam aktiviti kokurikulum. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Sesungguhnya, pelajar patut aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk merealisasikan aspirasi yang telah pun digarisi pada Rancangan Malaysia yang ke-12 (RMK12).

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Nilai Kemanusiaan