KARANGAN BM SPM: Faedah Aktiviti Beriadah, Berkhemah dan Menyertai Program Khidmat Masyarakat
Aktiviti seperti beriadah, berkhemah dan menyertai program khidmat masyarakat pada musim cuti sekolah amat digalakkan kepada remaja.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada aktiviti-aktiviti tersebut.
Sejak kebelakangan ini, isu gejala sosial dalam kalangan remaja sering meniti dari bibir ke bibir. Media massa juga sering menyiarkan kadar peratusan berkaitan masalah gejala sosial yang semakin meningkat dari masa ke masa. Sedar akan kejadian ini, semua pihak terutamanya ibu bapa telah mengambil langkah pragmatik iaitu menggalakkan para remaja menyertai aktiviti-aktiviti yang memberi maslahat kepada diri mereka pada musim cuti sekolah. Antara aktiviti yang mencuri tumpuan adalah seperti beriadah, berkhemah dan menyertai program khidmat masyarakat. Persoalannya, apakah maslahat yang dapat kita peroleh daripada aktivti-aktiviti tersebut? Sesungguhnya, terdapat pelbagai faedah hasil daripada aktiviti tersebut.
Aktiviti beriadah seperti bersenam dah bersukan dapat memberi pelbagai manfaat kepada diri saya. Senaman dapat dibuat sebanyak dua kali seminggu iaitu 30 minit setiap sesi. Dengan bersenam kita dapat menegangkan otot-otot badan. Bersenam juga dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Apabila kita bersenam jantung akan mengepam darah dengan laju lantas membuatkan pengaliran darah ke seluruh badan bergerak dengan lancar. Sel dalam badan dapat menerima oksigen daripada darah lalu membuatkan badan kita berasa lebih segar. Risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah berkurang jika dibandingkan dengan individu yang tidak bersenam. Dengan melakukan aktiviti senaman juga kita dapat mengurangkan tekanan perasaan. Setiap individu mengalami tekanan perasaan dan yang membezakan kita semua adalah cara mengatasinya dan senaman merupakan langkah terbaik bak kata peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dengan senaman kita dapat mengimbangkan kesihatan fizikal dan mental kita semua. Oleh itu, aktiviti bersukan dan bersenam dapat memberi manfaat dan wajar diamalkan agar kesihatan tubuh badan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Melalui penglibatan diri dalam aktiviti berkhemah, saya juga dapat membina jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi. Aktiviti ini, menekankan nilai murni seperti tanggungjawab, sedia mebantu dan cinta akan negara. Nilai-nilai murni ini sememangnya dapat membina akhlak yang mulia dalam kalangan remaja. Dengan itu, remaja dapat mengelakkan diri daripada pergaduhan atau kemalangan bak kata pujangga, jika dicampak ke laut akan menjadi pulau. Itulah yang diibaratkan kepada orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Tokoh-tokoh yang berhemah tinggi seperti Conficurs, suami Viviekanda, Socrates dan Imam al-Ghazali juga sentiasa berpendapat bahawa remaja ysng berakhlak mulia ialah remaja yang sanggup bertanggungjawab dan menyahut seruan tokoh-tokoh yang lain. Remaja-remaja haruslah menjadikan tokoh-tokoh ini sebagai teladan agar dapat membina jati diri yang tinggi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti berkhemah dapat menyematkan semangat petriotisme dalam kalangan remaja.
Akhir sekali, apabila menyertai program khidmat masyarakat saya dapat menguatkan hubungan perpaduan antara kaum. Memang tidak dapat dinafinakan bahawa negara kita terdiri daripada pelabagai kaum. Oleh hal yang demikian, negara Malaysia juga terdiri daripada pelbagai buday. Aktivit kemasyarakatan yang menekankan cinta budaya negara telah terbukti apabila pelbagai kaum bersama-sama untuk menjayakan sesuatu perkara. Dengan itu, pertukaran budaya dapat dijalankan dan remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup secara aman. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat memupuk perpaduan dalam kalngan remaja. Ungkapan "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh" memang sesuai dengan perpaduan yang dipupuk daripada aktiviti tersebut. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, program khidmat masyarakat dapat melahirkan remaja yang berakhlak mulia dan menghormati kaum lain.
Secara tuntasnya, aktiviti-aktiviti seperti beriadah , berkhemah, dan menyertai program khidmat masyarakat mendatangkan manfaat yang tidak terhingga kepada para remaja. Semua pihak harus berganding bahu bekerjasama untuk memupuk minat dalam kalangan remaja supaya mereka berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegini. Pepatah Melayu ada mengatakn bahawa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Sesungguhnya, remaja perlu aktif dalam melibatkan diri dalam aktivit-aktiviti ini terutamanya pada musim cuti sekolah untuk merealisasikan aspirasi yang telah pun digariskan pada Wawasan 2020.
Comments
Post a Comment