Karangan BM SPM Persediaan-persediaan Untuk Memasuki Alam Pekerjaan
Setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi seseorang itu perlu bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.
Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu untuk seseorang itu memasuki alam pekerjaan.
Dalam mengejar arus pemodenan, negara tercinta kita, Malaysia telah menggalas tanggungjawab yang begitu besar untuk meletakkan negara kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara membangun yang lain. Kerja keras negara dalam memajukan sektor pembangunan, perindustrian, teknologi maklumat dan pelancongan tidak dapat disangkal lagi. Pada tahun 2007, Perdana Menteri kita yang kelima Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha untuk meningkatkan bidang pertanian di Malaysia. Pada masa yang sama, sektor pendidikan di negara kita tidak dianaktirikan. Kemajuan dalam bidang ini turut dipandang serius oleh kerajaan. Hakikatnya, penubuhan universiti-universiti tempatan amat menggalakkan dan begitu pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Secara tidak langsung, perkara ini telah malahirkan ramai cendekiawan dan diplomat negara. NAmun demikian, masalah pengangguran yang kian meningkat dalam kalangan siswazah di Malaysia amata membimbangkan danmerugikan. Para siswazah ini seperti tdak tahu unutuk memanfaatkan tenaga dan ilmu mereka dengan sebaik-baiknya. Sedikit sebanyak, senario ini telah menghancurkan hati dan harapan ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Namun begitu, pada era pascamoden ini, para siswazah haruslah mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai maklumat serta kemahiran agar mereka dapat menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Jika tidak mereka akan menghadapi kesukaran untuk diterima dalam pasaran kerja.
Sementelahan, terdapat persediaan-persediaan yang saling berkait rapat dengan alm pekerjaan yang perlu diketahui oleh para siswazah. Antara persediaan tersebut adalah dari segi penguasaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Pihak kerajaan dan swasta, semuanya menumpukan perhatian dalam bidang yang mempunyai prospek dan masa hadapan yang cerah. Golongan muda, sebagai penggerak kemajuan negara, perlulah melibatkan diri dalam sektorsektor berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi bagi menguasai serta memastikan perkembangan bidang ini berterusan. Para siswazah khususnya perlu mengambil dan menggunakan peluang sepenuhnya yang telah diberikan agar dapat merealisasikan kemajuan teknologi maklumat dan kominikasi. Pendek kata, penguasaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi akan memberikan bonus kepada golongan siswazah semasa mencari pekerjaan kelak.
Selain itu, para siswazah juga harus menguasai kemahiran berbahasa asing di samping bahasa kebangsaan. Pada era dunia tanpa sempadan ini, seseorang itu tidak boleh bergantung hanya pada kecemerlangan akademik. Oleh itu, keupayaan untuk berkomunikasi juga merupakan elemen penting yang dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan. Dalam hal ini, penguasaan lebih banyak bahasa sudah tentulah memberikan kelebihan yang amat diperlukan oleh pihak majikan. Demi bersaing dan menjana keuntungan, sesebuah syarikat itu perlu meluaskan empayar pemasarannya. Oleh yang demikian, individu yang menguasai bahasa asing amat diperlukan dalam dunia perniagaan supaya dapat memastikan keuntungan sesebuah syarikat dapat dimaksimumkan.
Di samping itu, lepasan graduan juga harus melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi terutamanya komunikasi interpersonal. Komunikasi interpersonal ini merujuk kepada hubungan antara individu dengan individu yang lain. Hal ini demikian kerana kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja tidak mencukupi untuk menjanjikan kerja jika seseorang itu tidak berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini seterusnya, akan mengakibatkan keyakinan pelanggan terhadap sesuatu organisasi akan tergugat. Sesebuah organisasi juga tidak dapat mengukuhkan kedudukan disebabkan oleh kurangnya kemahiran interpersonal. Kegagalan untuk komunikasi secara berkesan menunjukkan seseorang itu mengalami masalah rendah diri. Tambahan itu, para siswazah juga perlu, melengkapkan diri dengan pelbagai pengalaman bekerja bagi mepersiapkan diri memasuki alam pekerjaan. Pengalaman yang ditimba oleh para siswazah dapat dipraktikkan dalam pasaran kerja yang akan datang. Hal ini membuatkan kita lebih proaktif semasa bekerja di sesuatu tempat pekerjaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa siswazah yag mempunyai pengalaman bekerja yang pelbagai akan diberi keutamaan bagi menghadapi alam pekerjaan yang lebih mencabar.
Secara tuntasnya, semua pihak harus memnadang serius tehadap isu pengangguran yang kini semakin diperkatakan. Golongan siswazah itu sendiri harus sedar dan membuat anjakan paradigma untuk membuang jauh sikap terlalu memilih pekerjaan. Hal ini bukan sahaja akan merugikan masa mereka malah akan mengubah stigma masyarakat terhadap mereka. Oleh itu, mereka haruslah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran. Melalui cara ini, para graduan akan lebih bersedia untuk terjun ke dalam dunia kerjaya bak kata peribahasa, di campak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung. Para graduan sepatutnya menyumbangkan tenaga mereka dengan ikhlas demi negara bukan demi diri semata-mata dan bersikap nafsi-nafsi.
Comments
Post a Comment