Pantai Kasih & Bimasakti Menari: Peristiwa yang Menimbulkan Perasaan Simpati
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca.
Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca dalam novel yang saya pelajari ini.
Dalam novel Pantai Kasih peristiwa Unong Siron menjalani pembedahan berulang sebanyak enam kali di tempat yang sama sehingga terpaksa menahan kesakitan sepanjang pembedahan tersebut. Pembaca simpati kepada Unong Siron kerana terpaksa menjalani pembedahan secara berulang.
Dalam novel Bimasakti Menari pula peristiwa sekumpulan pencerap cilik amatur dari Jepun serta pengiring mereka tidak dapat melihat bintang kerana langit di Kuala Selangor terlalu cerah akibat pencemaran cahaya. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana hajat mereka yang datang dari jauh untuk mencerap bintang di Kuala Selangor tidak kesampaian.
Comments
Post a Comment