Pantai Kasih & Bimasakti Menari: Sikap Keprihatinan Masyarakat

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan sikap keprihatinan masyarakat dalam novel-novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa sikap keprihatinan masyarakat dalam novel yang saya pelajari ini.

Dalam novel Pantai Kasih sikap prihatin seorang rakan kepada rakannya yang ingin berubah. Doktor Raiha prihatin akan sikap Felicia yang ingin berubah setelah menyesali penglibatannya dalam tragedi kebakaran kereta Doktor Sadiz sehingga menyebabkan kematian Rohayu dengan memberikan semangat kepada Felicia.

Dalam novel Bimasakti Menari pula sikap prihatin seorang anak terhadap ayah - Nurul Hafsa prihatin akan masalah ayahnya yang bimbang peralatan berkebunnya mungkin dicuri orang, Nurul Hafsa memberitahu ayahnya bahawa dia akan membina sebuah stor untuk ayahnya menyimpan peralatan berkebun tersebut.




Comments

Popular posts from this blog

PANTAI KASIH: Peristiwa menggambarkan Persoalan tentang Tanggungjawab

PANTAI KASIH : Nilai Ketabahan

PANTAI KASIH : Peristiwa Saspens