Posts

Showing posts from August, 2019

PANTAI KASIH : Pengajaran

Image
NOVEL PANTAI KASIH Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraiakan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.            Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa pengajaran yang dapat dijadikan teladan. Antaranya termasuklah kita hendaklah memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita kerana setiap manusia membuat kesilapan. Sebagai contonya, Doktor Raiha telah memaafkan kesalahan Felicia Landosi yang terlibat dalam rancangan kemalangan kebakaran kereta oleh Doktor Sadiz sehingga menyebabkan kematian anak tunggalnya,Rohayu.           Selain itu, pengajaran kedua termasuklah kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup agar kita reda dengan takdir tuhan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak kesayangannya, Rohayu dalam kemalangan kebakaran kereta dan menganggapnya bahawa itu adalah ketentuan Allah/Tuhan.

PANTAI KASIH : Teknik Plot

Image
NOVEL PANTAI KASIH Pelbagai teknik plot digunakan pengarang untuk menjadikan jalan cerita novelnya lebih menarik. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel tersebut.                   Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat pelbagai teknik plot yang digunakan untuk menghidupkan cerita ini. Antaranya termasuklah teknik dialog ataupun perbualan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha berbincang dengan bapanya tentang kesesuaian pilihan kerjayanya apabila bapanya tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya Raiha sebagai pakar bedah.               Selain itu, teknik plot yang kedua ialah teknik imbas kembali ataupun mengingati masa lalu. Sebagai contohnya, Doktor Raiha teringat kembali peristiwa bapanya tidak bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Hal ini dikatakan demikian kerana umur Doktor Sadiz lebih lanjut daripada bapa Doktor Raiha dan sikap Doktor

PANTAI KASIH : Peristiwa Saspens

Image
NOVEL PANTAI KASIH   Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan 5 peristiwa yang mencetuskan saspens kepada anda dalam novel tersebut dan nyatakan alasan anda.              Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang mencetuskan saspens. Antara peristiwa yang mencetuskan saspens ialah peristiwa Felicia Landosi telah ditahan oleh seorang pemuda yang menyamar sebagai doktor di bilik bedah. Alasannya, saya tertanya-tanya tentang siapakah pemuda yang menahan Felicia di bilik bedah sehingga menyebabkan pekerja di pusat rawatan itu berasa terkejut dan risau.                             Selain itu, peristiwa sspens yang kedua ialah peristiwa Felicia Landosi yang mengambil ubat batuk untuk menenangkan fikiran. Alasannya, saya tertanya-tanya tentang masalah yang dihadapi oleh Felicia Landosi sehinggakan dia sanggup mengambil tindakan sedemikian              Seterusnya,peristiwa ketiga yang m

PANTAI KASIH : Latar Masyarakat

Image
NOVEL PANTAI KASIH Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.                 Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini memuatkan banyak latar masyarakat. Antaranya termasuklah masyarakat yang penyayang. Sebagai contohnya, Doktor Raiha amat menyayangi anaknya Rohayu walaupun anaknya menghidapi penyakit Sindrome Down. Dia tidak sanggup menghantar anaknya ke pusat rawatan khas sebaliknya bertindak melarikan anaknya daripada suaminya, Dotor Sadiz.               Selain itu, terdapat juga masyarakat yang pemaaf. Sebagai contohnya, Doktor Raiha sanggup memaafkan kesalahan Felicia Landosi walaupun dia mengetahui bahawa Felicia Landosi turut terlibat dalam kemalangan kebakaran kereta yang dirancang oleh suaminya sendiri, Doktor Sadiz.

PANTAI KASIH : Latar Tempat

Image
NOVEL PANTAI KASIH  Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat bserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.                   Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini memuatkan banyak latar tempat. Antaranya termasuklah dewan bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Sebagai contohnya, peristiwa Doktor Raiha melakukan pembedahan bagi menggantikan sendi tulang pinggul kali ke-6 terhadap pesakit Unong Siron dan akhirnya berjaya.                   Selain itu, latar tempat kedua termasuklah di mahkamah keluarga. Peristiwa yang berlaku di sini ialah peristiwa kes kematian anak Doktor Raiha dan Doktor Sadiz iaitu Rohayu dibicarakan. Doktor Sadiz telah menyalahkan Doktor Raiha ke atas kematian anak mereka. Doktor Raiha akhirnya menerima keputusan mahkamah terhadap dirinya yang dianggap bersalah dalam kes kematian Rohayu.