Posts

Showing posts from September, 2021

KARANGAN BM SPM: Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Image
  Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum Dalam menongkah arus pembangunan yang semakin menggila, negara Malaysia telah memajukan sektor pertanian, pelancongan dan perindustrian. Pembangunan negara yang pesat telah menyebabkan negara Malaysia semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selain itu, negara Malaysia juga telah memetingkan aspek akademik dan aktiviti kokurikulum para pelajar. Siapakah yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara, jika bukan anak watan pewaris bangsa? Kementerian Pendidikan telah menekankan kepentingan aktiviti kokurikulum dengan mengubah syarat-syarat yang diperlukan semasa pelajar-pelajar ingin menyambung pengajian di universiti. Kementerian Pendidikan telah memasukkkan aktiviti kokurikulum dalam pembelajaran murid-murid dengan menetapkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi yng terdiri daripada dua bahagian, iaitu dari segi akademik dan kokurikulum. Isu yang mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat pada masa ini sering meniti dari bibir k

KARANGAN BM SPM : Gaya Hidup Rakyat Malaysia yang Mempengaruhi Gaya Hidup Anda

Image
  Rakyat di negara ini mempunyai gaya hidup yang baik. Huraikan gaya hidup rakyat Malaysia yang mempengaruhi gaya hidup anda.  Kesihatan merupakan elemen penting kepada seseorang individu bagi menjalani sebuah kehidupan yang aman dan harmoni. Cogan kata, 'Hidup Sihat, Keluarga Bahagia' sudah sinonim dalam usaha pihak kerajaan bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai bagi menjaga kesihatan lantas melahirkan keluarga bahagia. Seiring dengan wawasan 2020, negara mahu melahirkan rakyat yang bermentaliti kelas pertama. Bertepatan dengan cogan kata 'Badan Sihat, Minda Cerdas' kita harus mengamalkan gaya hidup yang baik bagi merealisasikan impian dan wawasan negara tersebut. Pada era maklumat di hujung jari ini, gaya hidup rakyat Malaysia yang mempengaruhi gaya hidup saya adalah penggunaan masa. Seperti yang diketahui umum , masa itu emas. Di antara tanda orang yang rugi adalah mereka membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Pepatah Arab juga mengatakan kalau ka

KARANGAN BM SPM: Peranan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi dalam Kehidupan

Image
  Peranan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi dalam Kehidupan Masyarakat kini sudah pasti mengetahui peribahasa yang berbunyi bagai katak di bawah tempurung yang bermaksud seseorang yang tidak mengetahui perkembangan semasa. Seiring dengan kemajuan gelombang globalisasi yang sedang menggerakkan dunia pada masa ini, teknologi sudah menjadi satu keperluan kepada umat manusia di dunia ini. Jika kita imbas kembali pada suatu masa dahulu, manusia hanya bergantung kepada surat khabar, telefon awam, surat menyurat dan sebagainya. Kini, dunia sudah semakin berkembang maju dengan teknologi yang dapat memudahkan masyarakat berkomunikasi dan berhubung untuk memperoleh maklumat dan menjana pendapatan secara atas talian. Hal ini demikian kerana maklumat sudah berada di hujung jari. Melalui pelbagai aplikasi seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain yang terdapat dalam alat peranti masing-masing yang canggih. Ternyata teknologi maklumat dan telekomunikasi mempunyai pelbagai peranan dalam

KARANGAN BM SPM: Faedah-faedah Melancong dalam Negara

Image
  Faedah-faedah Melancong dalam Negara Negara Malaysia kaya dengan industri pelancongan di daratan mahupun di kepulauan. Malaysia cukup terkenal kerana mempunyai pulau-pulau yang indah seperti Pulau Langkawi yang diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai menjadikannya juga sebuah pusat tarikan para pelancong. Malaysia juga mempunyai banyak taman negara antaranya di Pahang yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna yang kebanyakan kian pupus seperti Orang Utan dan Harimau Malaya. Jikat dilihat dari aspek kemasyarakatan, kepelbagaian kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, hidup dalam keadaan yang cukup harmoni menyebabkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat unik daripada negara-negara lain dan menjadi destinasi pilihan pelancong asing. Rakyat Malaysia sepatutnya menyokong industri pelancongan dalam negara kerana ia membawa banyak faedah tersirat khususnya kepada rakyat tempatan. Faedah ini akan kita kupas satu demi satu dengan lebih mendalam. Apabila

My Honest Review: GOOD VIRTUES CO Radiant & Renewing Body Salt Scrub

Image
GOOD VIRTUES CO Radiant & Renewing Body Salt Scrub Hai korang! today i nak share after  one month pakai scrub from good virtues co. Actually my sister beli scrub ni kat watson, harga dia dalam RM16+ macamtu and dia ada beli lebih so dia bagi kat i untuk cuba. First thing i suka sangat bau dia. sangat wangii! lepas mandi badan rasa fresh and kulit pon lembut je.  texture scrub ni pulak takdela kasar mana and i have sensitive skin but this scrub doesn't irritate my skin at all.  So after one month, nak cakap putih takdela but scrub ni still boleh cerahkan kulit i. if you ada sunburn i recommend sangat u all untuk cuba because all of my sunburn (especially kat tangan TT ) are literally gone. btw i guna scrub ni hari2 tau tu yang cepat habis plus i rajin sapu losyen. kalau nak jimat boleh je pakai 2 or 3 times per week.  Korang yang baru nak try scrub boleh cuba jenama good vitues co ni sbb this scrub agak murah and tahan lama (200g) andd serius wangii. Korang boleh grab scrub ni k

KARANGAN BM SPM : Strategi untuk Mengatasi Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja

Image
  Strategi untuk Mengatasi Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja Marcapada ini, isu gejala sosial dalam kalangan remaja sering meniti dari bibir ke bibir umat  manusia di segenap pelusuk dunia. Antara gejala sosialnya termasuklah lumba haram, hubungan sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas yang semakin membarah. Remaja merupakan mereka yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Walaupun dinamakan remaja, tahap pemikiran mereka masih cetek dan belum matang. Oleh sebab itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan penting untuk mengatasi isu ini. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini, usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju pada tahun 2020 hanya menjadi omong-omong kosong sahaja. Persoalannya, apakah strategi yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja? Siapakah yang harus memainkan peranan penting? Tiada penyakit yang tiada penawar, maka langkah-langkah yang konkrit,sistematik dan pragmatik harus d