Posts

Showing posts from August, 2025

Karangan BM SPM Persediaan-persediaan Untuk Memasuki Alam Pekerjaan

Image
Setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi seseorang itu perlu bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu untuk seseorang itu memasuki alam pekerjaan. Dalam mengejar arus pemodenan, negara tercinta kita, Malaysia telah menggalas tanggungjawab yang begitu besar untuk meletakkan negara kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara membangun yang lain. Kerja keras negara dalam memajukan sektor pembangunan, perindustrian, teknologi maklumat dan pelancongan tidak dapat disangkal lagi. Pada tahun 2007, Perdana Menteri kita yang kelima Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berusaha untuk meningkatkan bidang pertanian di Malaysia. Pada masa yang sama, sektor pendidikan di negara kita tidak dianaktirikan. Kemajuan dalam bidang ini turut dipandang serius oleh kerajaan. Hakikatnya, penubuhan universiti-universiti tempatan amat menggalakkan dan begitu pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Secara tidak langsung, perkara ini tel...

Pantai Kasih & Bimasakti Menari: Peristiwa yang Menimbulkan Perasaan Simpati

Image
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca. Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa  peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca  dalam novel yang saya pelajari ini. Dalam novel Pantai Kasih p eristiwa Unong Siron menjalani pembedahan berulang sebanyak enam kali di tempat yang  sama sehingga terpaksa menahan kesakitan sepanjang pembedahan tersebut.  Pembaca simpati kepada Unong Siron kerana terpaksa menjalani pembedahan secara  berulang. Dalam novel Bimasakti Menari pula p eristiwa sekumpulan pencerap cilik amatur dari Jepun serta pengiring mereka tidak dapat  melihat bintang kerana langit di Kuala Selangor terlalu cerah akibat pencemaran cahaya.  Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana hajat mereka yang datang dari jauh  untuk mencerap bintang di Kuala Selangor t...

Pantai Kasih & Bimasakti Menari: Sikap Keprihatinan Masyarakat

Image
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan sikap keprihatinan masyarakat dalam novel-novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa  sikap keprihatinan masyarakat  dalam novel yang saya pelajari ini. Dalam novel Pantai Kasih s ikap prihatin seorang rakan kepada rakannya yang ingin berubah. Doktor Raiha  prihatin akan sikap Felicia yang ingin berubah setelah menyesali penglibatannya dalam  tragedi kebakaran kereta Doktor Sadiz sehingga menyebabkan kematian Rohayu dengan  memberikan semangat kepada Felicia. Dalam novel Bimasakti Menari pula s ikap prihatin seorang anak terhadap ayah - Nurul Hafsa prihatin akan masalah  ayahnya yang bimbang peralatan berkebunnya mungkin dicuri orang, Nurul Hafsa  memberitahu ayahnya bahawa dia akan membina sebuah stor untuk ayahnya menyimpan  peralatan berkebun tersebut.

Pantai Kasih & Bimasakti Menari : Peristiwa yang Menimbulkan Kemarahan Para Pembaca

Image
  Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menimbulkan kemarahan para pembaca. Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa peristiwa yang  menimbulkan kemarahan para pembaca  dalam novel yang saya pelajari ini. Dalam novel Pantai Kasih  peristiwa Felicia Landosi melayani ibu Unong Siron di pejabatnya dengan cara yang kasar. Hal ini berbeza dengan layanan kepada pesakit yang bergelar datin dengan layanan mesra serta sopan santun . Peristiwa ini menimbulkan kemarahan kepada pembaca kerana layanan yang diberikan kepada seseorang mengikut kedudukan dan darjat. Dalam novel Bimasakti Menari pula p eristiwa Dato ' Johan Arlington - Majid menaruh dendam kepada Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan Muhammad Taufik. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan kepada pembaca kerana sikap...

Pantai Kasih & Bimasakti Menari: Peristiwa yang Menunjukkan Amalan Kerjasama

Image
    Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menunjukkan amalan kerjasama yang terdapat dalam novel-novel tersebut.   Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan amalan kerjasama dalam novel yang saya pelajari ini. Dalam novel Pantai Kasih, peristiwa Doktor Raiha, Ibu Unong Siron dan staf lain di PRPK bekerjasama menyelamatkan Felicia Landosi daripada terus ditawan oleh doktor palsu yang menceroboh masuk di farmasi PRPK. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama dalam membantu mereka yang berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan. Dalam noval Bimasakti Menari pula peristiwa Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan  laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di  hadapan Menteri Besar. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mengemas...

KARANGAN BM SPM: Faedah Aktiviti Beriadah, Berkhemah dan Menyertai Program Khidmat Masyarakat

Image
  Aktiviti seperti beriadah, berkhemah dan menyertai program khidmat masyarakat pada musim cuti sekolah amat digalakkan kepada remaja.  Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada aktiviti-aktiviti tersebut. Sejak kebelakangan ini, isu gejala sosial dalam kalangan remaja sering meniti dari bibir ke bibir. Media massa juga sering menyiarkan kadar peratusan berkaitan masalah gejala sosial yang semakin meningkat dari masa ke masa. Sedar akan kejadian ini, semua pihak terutamanya ibu bapa telah mengambil langkah pragmatik iaitu menggalakkan para remaja menyertai aktiviti-aktiviti yang memberi maslahat kepada diri mereka pada musim cuti sekolah. Antara aktiviti yang mencuri tumpuan adalah seperti beriadah, berkhemah dan menyertai program khidmat masyarakat. Persoalannya, apakah maslahat yang dapat kita peroleh daripada aktivti-aktiviti tersebut? Sesungguhnya, terdapat pelbagai faedah hasil daripada aktiviti tersebut. Aktiviti beriadah seperti bersenam dah bersukan dapat membe...